Monday, February 13, 2017

SIAPA BAKAL TERAJUI FAM?


BOLASEPAK adalah sukan paling popular di dunia setiap negara ingin dinobat sebagai Raja Bolasepak Dunia umpama Brazil, Argintina, Itali, Perancis dan sebagainya. Begitu juga dengan Malaysia bolasepak adalah sukan yang paling popular dan berjaya menarik begitu ramai peminat memenuhi stadium.

Namun kedudukan negara kita dalam  ‘ranking’ bolasepak dunia semakin sehari semakin menurun. Dulu pada tahun 1970an negara kita setaraf dengan negara Korea Selatan dan Jepun dan lihat bagaimana Jepun dan Korea Selatan membangunkan bolasepak mereka hingga setaraf dengan kuasa-kuasa besar dunia.

Dan waktu ini kita berada ditangga ke 162 di mana Myamar yang tidak begitu membangun dan aman berada ditangga 159, Vietnam yang baru lepas daripada kancah pererangan kini berada ditangga 136, Thailand yang dulu juga setaraf dengan kita berada dikedudukan 127, Filipina yang dulunya menjadi negara belasahan telah melonjak naik ke tangga ke 122 dan Korea selatan  dan Jepun yang dulunya setaraf dengan kini berada di kedudukan  39 dan 52 dunia.

Mengapa jadi begitu?  Kenapa pemimpin persatuan bolasepak negeri dan negara tidak membuat pembangunan bolasepak negara seperti Jepun dan Korea Selatan? Apa yang mereka buat selama ini? Adakah memadai menjulang Piala Suzuki dan Pingat Emas Sukan SEA itu pun tidak menentu dan boleh diharap kerana Thailand, Indonesia, Vietnam dan kini Filipina telah menunjukan bulunya.

Kini tibalah masanya menjelang pemilihan akan diadakan ketika Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini yang bakal memilih pucuk pimpinan FAM. Para perwakilan yang mengundi perlu bertanggungjawab memilih seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu membawa bolasepak negara jauh lebih maju daripada kedudukan sekarang.

Ramai yang memperkatakan siapa yang mampu menyandang jawatan Presiden dan menjulang kembali nama negara kita dalam kancah bolasepak dunia atau paling kurang dalam kancah bolesepak Asia Tenggara untuk masa kini. Setelah pencalonan di tutup  petang tadi sah dua calon akan merebut jawatan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa awal-awal lagi telah  menghantar borang pencalonannya dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menghantar borang percalonan di saat-saat akhir. Siapakah yang lebih layak para perwakilan pilih untuk dicalonkan sebagai Presiden FAM kali ini?

Berdasarkan minat kita melihat kedua-dua tokoh ini menunjukkan minat yang mendalam dalam bolasepak. Tan Sri Annuar Musa pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM sebelum digantung dan beliau juga berjaya membangunkan pasukan bolasepak Kelantan menjadi gergasi bolasepak negara tetapi sekadar itu.

Akhirnya apabila Kelantan menghadapi konflik penajaan dan untuk mendapat dana Tan Sri Annuar Musa telah melepaskan jawatan Presiden Bolasepak Kelantan. Bolehkah kita mengharap pemimpin yang macam ini memimpin FAM.  Dibimbangi apabila dana yang dimiliki telah mengecil tidak mustahil Tan Sri Annuar Musa akan angkat kaki. Apa akan jadi kepada FAM waktu itu?

Sementara  Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga menunjukkan sikap yang mendalam dalam bolasepak.  TMJ bukan saja  mencipta nama Johor atau di kenali sebagai JDT  di peta bolasepak negara malam pasukannya telah menjuarai Piala AFC pada tahun 2015. JDT adalah  kelab pertama daripada Asia Tenggara yang berjaya menjulang Pial AFC itu.

Disamping itu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menjalin kerjasama dengan pelbagai  kelab bolasepak ternama dunia dalam usaha membangunkan bolasepak Johor. Kelab-kelab ternama dunia yang menjalin hubungan dengan JDT ialah Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Valencia,  Borrusia Dortmund  dan juga Hokkaido Consadole Sapporo.

Kesungguhan TMJ bukan saja menjadikan JDT gergasi bolasepak negara masa kini malah bakal menjadi pencabar yang digeruni  di peringkan kelab-kelab asia. Jesteru kesungguhan dan pencapaian yang dilakar seharusnya memberikan peluang kepada TMJ untuk menerajui FAM.  Mungkin sebagai TMJ sikap dan tindakan beliau agar keras tetapi untuk mebangunkan sesuatu yang runtuh kita perlukan sikan bersungguh-sungguh dan keras bagi menjamin kejayaan di masa depan.


Berdasarkan analisa yang dibuat maka perwakilan Kongres FAM dari seluruh negara perlu memberikan peluang kepada TMJ mengemudikan FAM jika ingin melihat bolasepak negara kembali di segani bukan saya diperingkat Asia tergara malah Asia. Jika perwakilan dalam Kongres FAM memilih Tan Sri Annuar Musa dirasakan bolasepak Malaysia tidak akan ke mana.

http://utarabiz.blogspot.my/